Wednesday, August 28, 2013

Tidur Meniarap. Baik atau Buruk?




hai semua. 


arini nak cerita sikitlah. 


ada keraguan dan kebimbangan terhadap anak kesayangan mak ni. 


kita recap sikit background masa awal2 newborn dulu. zara lahir extreme premature 24week with 600g birthweight. ada masalah dalaman yang kronik iaitu paru2. chronic lung disease (CLD) efek dari long ventilated support masa baby. 


obviously dia ada masalah pernafasan.






skang ni dia suka sangat tido meniarap. kadang tu lama gile baru dia tukar position. kalau betul kan kejap je dia akan meniarap balik. aku google and findings yang aku dapat ade baik and buruk tidur meniarap. paling common dorang cakap tentang SIDS.


Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?
 
SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun. apa kaitan SIDS dengan meniarap?


SIDS dikaitkan dengan baby yang prematured. baby prem lebih terdedah dengan gejala SIDS ni. kalau baca kajian yang dijalankan baby yang tidur meniarap lebih banyak kena banding dengan tidur terlentang atau mengiring. 


aduhai risau nya....walaupun zara da nak 10 months tapi sebab dia prem baby so aku sangat concern pasal benda ni. the problem is.....dia memang suka tidur meniarap. kalau tidur malam lagi lah kena berjaga2. dia boleh lena sampai sejam lebih meniarap saja! bila aku tersedar tu memang akan betul kan lah position dia.
 
 
 
 
 



tapi kalau orang tua2 memang suruh niarap kan je. kata nya lagi bagus. hurmmmm maybe tu dulu laa kot. skang da lain and ikut pada masing2 lah nak percaya. kalau mat saleh punya pendapat meniarap ni bagus untuk perkembangan otak baby. dan membantu tengkorak kepala jadi lebih bulat dan cantik. tak leper.


boleh sampai macam tu ke? tak penah plak tengok kepala baby leper. kebaikan lain baby mudah cepat belajar dan tulang cepat kuat. especially leher dan bahu. jadi akan bantu dorang cepat merangkak. leher kuat ni aku percaya lah jugak. tapi merangkak nye cik kak ni masih belum sukses pun lagi. meniarap cukup champion.


from the findings banyak lagi keburukan dari yang baik. memang aku kena perhati dia ni betul2 lah. risau sangat since dia ada masalah paru2 kan. so far alhamdullilah dia belum penah tidur menyembam kan muka 100%. agak nya anak aku ni da besar sikit so dia da tau kalau tersembam tak selesa. 
 
 
keburukan meniarap ni yang paling common is 'abdominal breather'. bernafas dengan bantuan otot abdomen menyebabkan kesukaran untuk bernafas. dan bila meniarap akan memberi tekanan pada rahang baby. so saluran pernafasan akan jadi lebih sempit. aku tak pasti adakah meniarap ni punca nafas zara masih laju and pendek2 (Tachypnea). sebab masa appointment dulu tak pulak doc bagitau or pesan apa2.




apa pun aku memang sentiasa monitor breathing zara ni. dari sebelum kuar wad lagi aku da terbiasa tengok pernafasan dia. lepas ni memang akan kerap terlentang kan dia semula. tak nak lah bagi dia meniarap lama2. tambahan zara ada masalah paru2 lagi lah kena jaga betul2. tak apa lah kalau aku tidur tak cukup. macam tak biasa kan....

 
 
 
 
Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. Betul tu. Selain perkembangan otak dan kepala cantik, budak x mudah terkejut. Tapi... tgk condition budak la jugak kan...

    Kami dulu, mak mmg tidokan meniarap. X pernah berbarut dan... x kembung pun. Tapi, masa adam dulu, terlentang je. Tak pandai nak tiarapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok condition zara masa tido meniarap steady je. tak de lah nampak penat ke apa. alhamdullilah tak penah kembung and tak tau kalau kembung tu macam mana. cuma berjaga2 lah... :-)

      Delete