Thursday, February 16, 2017

Homemade Roti Burger Lembut








Aku ada bad experience kalau bab2 meroti. Sungguh da ada bread maker....still tak menjamin roti aku menjadi as expected. Tapi sebab aku practise make perfect kan.....alhamdullilah skill aku improve banyak and now da berani lah amik order. ^_^

 So far resepi from Ros Jintanmanis ni kebanyakkan nya menjadi. Dapat mengurangkan dan avoid pembaziran. Tu yang penting. Sometimes rasa down sebab asyik tak jadi and masuk tong sampah. But i believe...masak ni macam buat programming jugak. Try and error. Githewww...



Resepi was taken at Ros JintanManis 

  • 250 gram tepung high protein/ tepung roti (I used Japanese High Protein)
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 besar tepung susu
  • 1 ½ sudu teh yis
  • 1 biji telur (kecil) - (tingglkan sdkit utk gliss pd roti)
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 100 ml susu segar
  • 60 ml air suam

Untuk Gliss

baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)










Cara-cara

  • Campurkan kesemua ke dalam breadmaker.
  • Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.
  • Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  • Panaskan oven pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger dan akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
** tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

 
 Tara!!!! Nampak sedap kan?



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment