Thursday, February 09, 2017

Kuih Lapis Hipster




Banyak nya yang tertinggal nak di update dalam blog.

Insyaallah will update blog back. I ada masalah kemalasan sejak kebelakangan ni. Tak ada moral support. Cececece..... Doakan mak akan always maintain momentum menaip. Anak2 makin besar sekarang so masa nak blogging ni limited sangat.

Lagi2 si Rafael....kejap kang nak makan. Dah makan berak lah pulak. Belum lagi si kakak Izara dok tabur bedak buat main. Hurm....they growing up now. Alhamdullilah.

So..kuih lapis ni aku da lama teringin aritu. Alang2 bahan ada laju jelah aku buat. Yang lambat nya sebab kena layer satu2. Dah nak sangat tadi kan.....Alhamdullilah its turn out good and sedap. Paling penting Rafael suka and dia boleh makan. Oklaa kan tu...tak ada orang puji sendiri angkat bakul. 

Bahahaha
Eh...biarlaa...sukati kita
:-)







Recipe taken here Yatie Memories


 Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan  tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros ( I made colorful layer)
Cara membuatnya:
  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
  3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml batter) Warnakan setiap satu bahagian dengan warna yang dikehendaki.
  4. Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
  5.  Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.






Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment